1. Mengikut dari tafsiran Imam Ahmad, Yakjud dan makjud ini adalah dari golongan manusia, dimana bangsa ini pernah muncul dan melakukan kerosakan sebelum kedatangan Islam lagi. Dan Yakjud dan makjud ini akan muncul lagi di akhir zaman untuk melakukan kerosakan dan memusnahkan tamadun dunia. Ianya merupakan satu kaum yang kuat dimana tiada manusia yg mampu mengalahkan nya.
..
yang juga dikenali sebagai pahlawan berkuda
..
2. Ianya dikata dari bangsa Scythia, mempunyai wajah yang lebar, bermata sepet dan berambut seakan kemerah-merahan dan perang. Mereka akan turun dari tempat tinggi (pergunungan) dalam jumlah yg tak terhitung ramainya, dan wajah mereka seperti perisai yang dipukul.
pergunungan inilah yakjud dan makjud dikurung
..
3. Dalam Al-Quran surah Al-kahfi & Al-Anbiyak banyak menceritakan perihal yakjud dan makjud. Sebelum kedatangan Islam Al-Quran merekod kan dlm surah Al-Kahfi cerita tentang Zulqarnain (pemilik dua tanduk) ada tafsiran gelarannya bersempena mahkota yang dipakai beliau yg mempunyai 2 tanduk. Zulqarnain adalah pemerintah pembebas dan pengembara yg mengusai timur dan barat dunia dimana zulkarnain ini di berikan kelebihan oleh Allah (dalam bidang Teknologi besi dan pemikiran) sehingga beliau bejaya mengurung Yakjud dan makjud ini di antara 2 gunung dengan dinding besi
..
Lokasi Pergunungan Kaukasus (caucasus) yang luas serta
mempunyai tembok semulajadi diantara satu sama lain.
..
4. Pertemuan Zualqarnain dengan bangsa Yakjud dan makjud berlaku apabila beliau sampai di suatu kawasan yang dihuni oleh penduduk yg hampir2 mereka tidak faham pertuturannya. Kemudian penduduk ini meminta bantuan dari zualqarnain agar memisahkan mereka dengan bangsa yakjud & makjud ini. (ramai sarjana berpendapat kawasan ini adalah pergunungan kaukasus yg berhampiran dengan azerbaijan dan Gorgia serta russia).
Ramai pakar berselisih pendapat adakah Iskandar Zulkarnainialah Alaxander the Great?
5. Maka selepas mendengar rintihan penduduk itu, Zualqarnain menyuruh mereka beramai2 mengumpulkan ketul2 besi supaya dapat ia membina tembok penghadang diantara penduduk dunia dengan bangsa perosak itu. Seperti yang dirakam oleh Al-Quran Dalam Surah Al-Kahfi ayat 95 yang berbunyi :”Ia menjawab, kekuasaan yang Tuhanku jadikan daku menguasainya dengan lebih baik: oleh itu bantulah daku dengan tenaga kamu beramai-ramai, aku akan bina diantara kamu tembok penutup yang kukuh” (Al-kahfi ayat 95)
Bersambung...



No comments:
Post a Comment