Berkaitan Penulis

My photo
Blog ini mempunyai cita2 untuk menjadi sebuah blog yg simple dan versetail, sesuai dgn diri penulis yg tak seberapa versetail..

Friday, July 5, 2019

BIODATA PEMILIK BLOG

BIODATA PENULIS 

NAMA : MOHD MUHAIMIN BIN ABD LATIF
NO MATRIKS : 266069
PUSAT PEMBELAJARAN : PACE UUM JOHOR BAHRU

Penulis merupakan pelajar pengajian jarak jauh peringkat Sarjana Muda UUM (Pace UUM), beliau merupakan anak jati kelahiranKuala Lumpur, dan sekarang menjawat jawatan Pegawai Teknik di sebuah syarikat Gergasi Telekomunikasi terkenal iaitu Telekom Malaysia Berhad. Selain itu beilau juga adalah Perunding Takaful berpengalaman dari PruBSNTakaful Berhad.


TRIVIA HARI INI


1. Cahaya pada badan kunang-kunang (fireflies) dikenali sebagai Luciferin hasil gabungan oksigen. Ia menjalani proses yang dinama kan biolumminescence dan akan mematulkan cahaya untuk menarik pasangannya.

2. Laser adalah peranti Optical yang secara logiknya mampu menghasilkan radiasi. SingkatanLaser di ambil daripada "Light Amplication By Simulated Emission of Radiation". Ianya dicipta pada tahun 1960 oleh pakar fizik Theodore H.Maiman.


3. Mata kita menyumbangkan 85% sumber pengetahuan, dan 65% daripadanya disambungkan terus ke Otak. Dan mata kita berkelip 4,200,200 kali dalam setahun.

4. Galaksi yang paling hampir dengan bumi ialah Andromeda yang memakan masa selama 2 juta tahun untuk cahaya sampai kesana. Dan dlm sistem universal terdapat lebih 100 biollion Galaksi yg tidak mampu dilihat walaupun dengan Hubble Space Telescope.

5. Checkmate berasal daripada perkataan Parsi yang membawa maksud Raja Sudah Mati atau Raja Telah kalah. Catur adalah mainan bangsawan pada zaman dahulu dan oleh kerana itu terdapat nama seperti King, Queen, Knight, Castle dan sebagainya.


6. Setiap tahun di anggarkan 30.000 org tercedera semasa menggunakan alatan senaman.

7. Apabila seseorg menuruni bukit yang curam tekanan pada lutut akan meningkat 3 kali ganda daripada berat badan.

YAKJUD DAN MAKJUD SIRI 2

.. penduduk terbabit mengumpulkan semua ketul-ketul besi dan keluli yang banyak sehingga di anggar separas dengan gunung terbabit. Selesai sahaja mengumpulkan ketul2 besi terbabit Zuarlkarnain mengarah kan mereka menyalakan api untuk membakar besi2 terbabit sehingga cair menggunakan peralatan yang ada pada mereka.

2. Setelah besi2 terbabit cair dan menutupi pintu diantara 2 gunung itu, zuarkarnain telah menuang tembaga cair di atasnya. Maka terkurung lah yakjud dan makjud itu diantara tembok besi yang kukuh itu dengan 2 gunung terbabit. Seperti didlm Surah Al-Kahfi ayat 97 yang berbunyi :

“maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya.”

Ramai cendekiawan percaya disinialah terletaknya tembok Yakjud & Makjud. Dikepung oleh Laut Caspia dan Laut Hitam, dan di tengahnya ialah pergunungan kaukasus.

Mole People yg di dakwa ditemui oleh Ahli kaji bumi NASA. Adakah Org Mole ini benar2 wujud? atau sebahagian propaganda? dan apakah kaitannya dgn yakjud & makjud

3. Selesai sahaja pembinaan tembok itu maka terpisah la satu bangsa yang begitu digeruni iaitu Yakjud dan Makjud dengan bangsa manusia. Maka berakhirlah kebimbangan ke atas bangsa perosak ini dan bermulalah penantian manusia akan janji Tuhan nya, bahawa satu bangsa perosak bakal keluar di akhir zaman dan memusnahkan peradaban dunia hari ini. Seperti yg diungkapkan oleh Zuarkarnain dalam surah Al Kahfi Ayat 98 :

“Berkatalah Ia, ‘Ini satu rahmat daripada Tuhanku; maka apabila datang janji Tuhanku, Ia akan menjadikannya hancur, dan janji Tuhanku itu benar..”

DAlam kitab Yahudi dan Bible, mereka merujuk Yakjud dan Makjud ini sebagai Gog & Magog

4. Kesimpulannya kaum ini merupakan dari golongan bangsa manusia. Dan akan muncul satu hari nanti sebagai salah satu tanda besar kiamat. Semasa hayat baginda Nabi Muhammad S.A.W baginda menceritakan bangsa ini telah berjaya menebuk dinding besi terbabit sebesar jari telunjuk.

Keratan akhbar perihal Yakjud dan Makjud Oleh Pensyarah di UKM tak silap saya.

5. Jika saudara/i membaca Surah Al_kahfi ianya akan menceritakan bukan sahaja kisah Yakjud dan Makjud ini malah terdapat kisah 7 pemuda bersama anjingnya yang ditidurkan selama 309 tahun.. mungkin saya akan berkesempatan menulis kisah 7 pemuda ini di lain waktu..InsyaAllah..

...Tamat...

P/S: Artikel ini ditulis sendiri berdasarkan pembacaan dan pemahaman penulis melalui Sumber dari Al-Quran dan banyak buku serta artikel akhbar..semoga kita beroleh manfaat bersama..Aminnn..

YAKJUD DAN MAKJUD SIRI 1


1. Mengikut dari tafsiran Imam Ahmad, Yakjud dan makjud ini adalah dari golongan manusia, dimana bangsa ini pernah muncul dan melakukan kerosakan sebelum kedatangan Islam lagi. Dan Yakjud dan makjud ini akan muncul lagi di akhir zaman untuk melakukan kerosakan dan memusnahkan tamadun dunia. Ianya merupakan satu kaum yang kuat dimana tiada manusia yg mampu mengalahkan nya.
..
Gambaran Pelukis mengenai bangsa Yakjud dan Makjud
yang juga dikenali sebagai pahlawan berkuda
..
2. Ianya dikata dari bangsa Scythia, mempunyai wajah yang lebar, bermata sepet dan berambut seakan kemerah-merahan dan perang. Mereka akan turun dari tempat tinggi (pergunungan) dalam jumlah yg tak terhitung ramainya, dan wajah mereka seperti perisai yang dipukul.

Ramai pakar sejarah dan agama mempercayai di kawasan
pergunungan inilah yakjud dan makjud dikurung
..
3. Dalam Al-Quran surah Al-kahfi & Al-Anbiyak banyak menceritakan perihal yakjud dan makjud. Sebelum kedatangan Islam Al-Quran merekod kan dlm surah Al-Kahfi cerita tentang Zulqarnain (pemilik dua tanduk) ada tafsiran gelarannya bersempena mahkota yang dipakai beliau yg mempunyai 2 tanduk. Zulqarnain adalah pemerintah pembebas dan pengembara yg mengusai timur dan barat dunia dimana zulkarnain ini di berikan kelebihan oleh Allah (dalam bidang Teknologi besi dan pemikiran) sehingga beliau bejaya mengurung Yakjud dan makjud ini di antara 2 gunung dengan dinding besi
..
Lokasi Pergunungan Kaukasus (caucasus) yang luas serta
mempunyai tembok semulajadi diantara satu sama lain.
..
4. Pertemuan Zualqarnain dengan bangsa Yakjud dan makjud berlaku apabila beliau sampai di suatu kawasan yang dihuni oleh penduduk yg hampir2 mereka tidak faham pertuturannya. Kemudian penduduk ini meminta bantuan dari zualqarnain agar memisahkan mereka dengan bangsa yakjud & makjud ini. (ramai sarjana berpendapat kawasan ini adalah pergunungan kaukasus yg berhampiran dengan azerbaijan dan Gorgia serta russia).


Ramai pakar berselisih pendapat adakah Iskandar Zulkarnainialah Alaxander the Great?
5. Maka selepas mendengar rintihan penduduk itu, Zualqarnain menyuruh mereka beramai2 mengumpulkan ketul2 besi supaya dapat ia membina tembok penghadang diantara penduduk dunia dengan bangsa perosak itu. Seperti yang dirakam oleh Al-Quran Dalam Surah Al-Kahfi ayat 95 yang berbunyi :

”Ia menjawab, kekuasaan yang Tuhanku jadikan daku menguasainya dengan lebih baik: oleh itu bantulah daku dengan tenaga kamu beramai-ramai, aku akan bina diantara kamu tembok penutup yang kukuh” (Al-kahfi ayat 95)
Bersambung...

FAKTA ATAU AUTA



1. Selalunya di tugu peringatan, jika terdapat patung askar bersama seekor kuda yg kedua2 belah kaki hadapannya terangkat keatas, bermakna askar terbabit terkorban semasa perang. Jika hanya sebelah sahaja kaki kuda terbabit terangkat bermakna askar terbabit hanya cedera ringan. Dan jika keempat kaki kuda terbabit berada di tanah, askar terbabit terkorban bukan disebabkan perang.


2. Biji bunga kembang seri pagi adalah beracun, dan jika termakan dalam kuantiti yang banyak boleh menadatangkan kematian.


3. Pada tahun 1907 James Spengler tealh mencipta pembersih vakum dengan hanya menggunakan kotak sabun, sarung bantal, kipas kecil dan pita pelekat.


4. Ketika berlakunya perang sivil zaman dahulu, apabila pasukan tentera kembali ke markas tanpa ada yg terkorban mereka akan menulis “0 killed” dan dlm laporan yg ringkas ianya ditulis O.K..yg bermaksud semua dalam keadaan baik. Dan dari situlah perkatan O.K tercipta.


5. Teleskop terbesar di dunia yang dinamakan KECK 1 dan KECK 2 memiliki saiz cermin sebesar setengah padang Tennis..


6. Suhu yang paling sejuk pernah di catatkan di dunia ialah serendah -128.6 darjah Fahrenheit iaitu di antertika.


7. Papan tanda Hollywood buat pertama kali telah dipacakkan pada 1923.Ianya sebenarnya ialah papan iklan hartanah yg nama asalnya “Hollywoodland”. Papan tanda itu setinggi 59 kaki, selebar 450 kaki dan seberat 450000 paun.


8. Harga jualan paling rendah dicatatkan untuk benda hidup adalah di Cape Province Afrika selatan pada tahun 1934. Dimana keldai dijual pada harga 3sen seekor.

BIODATA PEMILIK BLOG

BIODATA PENULIS  NAMA : MOHD MUHAIMIN BIN ABD LATIF NO MATRIKS : 266069 PUSAT PEMBELAJARAN : PACE UUM JOHOR BAHRU Penulis...